Tuesday 5 March 2013

Perkembangan Prasekolah Luar Negara - HEADSTART


  • Di Amerika Syarikat prasekolah pertama didirikan pada 1850 tetapi tumpuan diberi kepada kanak-kanak dari golongan berada.
  • Kanak-kanak miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal kanak-kanak.
  • Program  Headstart  telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

CIRI-CIRI PROGRAM HEADSTART

       Penglibatan Ibu bapa
    -  Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan 
       pembelajaran, perancangan   program dan 
       pengurusan prasekolah.

       Kesihatan
    -  Program Headstart menyediakan program
       kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian,   
       kesihatan mental dan  perkhidmatan makanan  
       bagi kanak-kanak prasekolah.

       Pemakanan
    - Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak
      cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya 
      memakan makanan  yang sesuai dan cara menjaga
      gigi sendiri.

       Pendidikan
    - Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai 
      pengalaman individu  untuk memupuk perkembangan
      sosial, intelek, fizikal dan emosi.

        Perkhidmatan Sosial
     - Program ini membantu keluarga berusaha secara diri
       sendiri untuk  meningkatkan kualiti kehidupan.

       Ketidakupayaan
   - Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada
     pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak
     kurang upaya atau keperluan khas

       Kesihatan Mental
    - Ahli professional kesihatan mental
      bekerjasama dengan pihak  prasekolah dan
      ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran
      masalah khas kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment