Tuesday, 5 March 2013

Perkembangan Pendidikan Prasekolah



•       Di ASEAN - pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia  Kedua.
•       Pada tahun 1900an, prasekolah ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja.
•       Di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940-an.
•       Tahun 1940-an telah dimulakan oleh  missionari Kristian dan pendidikan   pengaruh British.
•       Yurannya adalah sangat tinggi dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu.
•       Guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan prasekolah.
•       Tahun 1969-Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat.
•       Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa.
•       Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

No comments:

Post a Comment