Tuesday, 5 March 2013

Perkembangan Prasekolah di Malaysia


Terdapat dua jenis program :

    i) Tadika – Taman Didikan Kanak-kanak               
                      (4 - 6 tahun), didaftar dengan Kem. 
                      Pelajaran Malaysia

   ii) Tabika – Taman Bimbingan Kanak-kanak         
                      (bawah 4 tahun), didaftar dengan
                      Jabatan Kebajikan Masyarakat

•       Penubuhan prasekolah di Malaysia mula sebagai pusat jagaan atau asuhan kanak-kanak
•       Khususnya di tempat perlombongan dan ladang (dianjurkan oleh mubaligh-mubaligh)
•       Tumpuan pada kebajikan dan kesihatan kanak-kanak.
•       Peranan prasekolah berubah – lebih menekankan pendidikan.
•       Institusi prasekolah persendirian bercambah dengan pesat selari dgn. perkembangan bandar (Sufean Hussien,1993).
•       Pendidikan prasekolah lebih untuk golongan berada.
•       Pengajar tidak mendapat latihan profesional.
•       Kurikulum bersifat tradisional (3M).
•       Wujudnya ketidakseimbangan dalam perkembangan pendidikan prasekolah di bandar dan luar bandar (Asiah, 2001)
•       Laporan Keciciran Tahun 1973 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kanak-kanak prasekolah dengan kejayaan di peringkat sekolah rendah.
•       Kajian ini menunjukkan 90%  kanak-kanak yang menduduki kelas ekspres di sekolah rendah mendapat pendidikan prasekolah.
•       Tahun 1969 dianggap tahun bermulanya perkembangan pendidikan awal knk-knk di Malaysia (Asiah, 2001).
•       Agensi Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia : Agensi kerajaan dan separa kerajaan, Organisasi sukarela dan Persendirian.

•       Agensi Kerajaan dan Separa Kerajaan :
•       FELDA
•       FELCRA
•       RISDA
•       KEMAS
•       Jabatan Rukun Tetangga
•       Jabatan Perpaduan Negara
•       Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Prasekolah KEMAS

•       Lebih tertumpu di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
•       Sejak 1970-an di bawah tanggungan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
•       Penubuhan prasekolah mendapat sokongan yang kuat daripada masyarakat.

Organisasi Sukarela

•       memainkan peranan penting
•       Contoh- contoh organisasi :
     -  Persatuan Polis
                 -  Persatuan Pergerakan Islam Malaysia 
        (PERKIM)
     -  Persatuan Gereja Malaysia
     -  Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI)
     -  Persatuan Kebajikan Angkatan Tentera

Prasekolah Persendirian/Swasta

•       dimiliki seorang individu atau persatuan tertentu
•       mungkin melibatkan rakan-rakan kongsi
•       berpusat di premis persendirian
•       perlu berdaftar dengan Kementerian Pelajaran

Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

•       Mula memberi sumbangan dan memainkan peranan yg. penting mulai 1972.
•       Melalui Pusat Perkembangan Kurikulum Kem. Pelajaran  telah menghasilkan “ A guide for Pre-school Education” dan “A Guide for Nurseries”
•       Pada masa itu Kem. Pelajaran hanya memberi bantuan dan tidak terlibat dengan operasi  prasekolah


Isu- isu Pendidikan Prasekolah

  • Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan  kemampuan yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan – kemudahan asas.
  • Objektif ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut.
  • Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing
  • Segala perbelanjaan spt. gaji guru dibiayai oleh Kerajaan manakala wang untuk alatan P & P prasekolah diambil drp. yuran prasekolah yang berbeza dari sekolah ke sekolah
  • Lokasi prasekolah amat berbeza antara bandar dgn.  luar bandar
  • Prasekolah bandar lebih memberi penekanan akademik manakala prasekolah di luar bandar   lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti (Saad 1979, Asiah 2001)
  • Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan  kemampuan yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan – kemudahan asas.
  • Objektif ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut.
  • Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing
  • Segala perbelanjaan spt. gaji guru dibiayai oleh Kerajaan manakala wang untuk alatan P & P prasekolah diambil drp. yuran prasekolah yang berbeza dari sekolah ke sekolah
  • Lokasi prasekolah amat berbeza antara bandar dgn.  luar bandar
  • Prasekolah bandar lebih memberi penekanan akademik manakala prasekolah di luar bandar   lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti (Saad 1979, Asiah 2001)

Ekoran isu yang dinyatakan :

•       18 Disember 1991       - Mesyuarat Jemaah Menteri
                                              - KPM melaksanakan program prasekolah
•        27 Januari 1992         - Mesyuarat antara Kementerian
                                       - Projek Pendidikan Prasekolah di 1070
                                          sekolah (1,131 kelas) dan tiada peluasan.
                                          (Prasekolah Annex)
•       Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem
                                          Pendidikan Kebangsaan.
•       6 Jun 2001                  - Mesyuarat Jemaah Menteri
                                        - Peluasan program Prasekolah KPM dari 1131(2001) kepada 1600(2007)

  
  Kriteria Pemilihan Sekolah :

! Lokasi pedalaman/luar bandar/pinggir bandar/bandar
! % murid Tahun Satu yang tidak ke prasekolah
! Tiada operator tadika lain
! Mengambilkira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 murid)
! Kemudahan ubah suai bilik darjah
! Permintaan masyarakat setempat 

No comments:

Post a Comment